Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah
hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan
itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah
kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya
Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia
jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku
dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha
Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada
langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun
tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang
telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama
dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan
takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik
buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu
ini
Ya Allah
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di
dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif
ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di
akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka
kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman
Supaya aku dan dia sama-sama
dapat membina
kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan
kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amien
source :
www.planetmusic.4t.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar